Disebabkan paper last final akan diadakan pada minggu depan on monday. So, masa yg terluang ni nak share something yang menjadi isu hangat dan mengancam akidah umat Islam pada hari ini iaitu "PENYELEWENGAN AJARAN SYIAH"
1stly, ciri-ciri penyelewengan ajaran syiah ini boleh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
- Penyelewengan dari segi akidah.
- Penyelewengan dari segi syariah.
- Penyelewengan Am.
Penyelewengan dari segi akidah terdapat 10 ciri iaitu
Kesemua Imam yang dipercayai oleh puak syiah ini (12 imam kesemuanya) tiada satu pun diantara mereka itu menganut ajaran syiah ini sebaliknya mereka semua adalah ahli sunnah.
- Solat jumaat hanya wajib setelah munculnya imam mahdi.
Sementara menunggu kemunculan imam mahdi tersebut.puak syiah ini boleh memilih sama ada ingin menunaikan solat zohor atau solat jumaat. Umumnya,puak syiah ini meninggalkan solat jumaat.
- Berpura-pura atau taqiyyah dalam segala hal.
Taqiyyah mengikut fahaman syiah adalah menyembunyikan fahaman mereka daripada umum.Manakala, Taqiyyah menurut ahli sunnah adalah mengucap atau mengerjakan kekufuran di hadapan orang kafir setelah berasa takut akan ancaman yang pasti seperti bunuh.Namun begitu, hati tetap teguh dan tenang dengan keimanan dalam Islam.
- Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan.
Menyanjung secara berlebihan sehingga disamaratakan dengan Rasulullah bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi.
- Menghalalkan nikah mut'ah.
Sebenarnya nikah mut'ah ini memang wujud pada zaman Rasulullah tetapi selepas perang khaibah, nikah mut'ah ini telah diharamkan. Lebih-lebih lagi nikah mut'ah pada zaman Rasulullah itu amat berbeza dengan konsep nikah mut'ah pada pandangan syiah. 4 rukun asal nikah adalah : (pasangan pengantin,wali,saksi dan mahar).Nikah mut'ah pada zaman Rasulullah hanya menambah 1 rukun daripada 4 rukun asal iaitu tempoh. Namun begitu, nikah mut'ah pada pandangan syiah adalah berkahwin dengan seorang perempuan atau lebih tanpa saksi dan tanggungjawab nafkah dalam tempoh yang telah ditetapkan.Selepas bercerai, si isteri tidak berhak mendapat sebahagian harta si suami dan anak yang akan dilahirkan tidak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut.
Puak syiah ini menambah nama Saidina Ali di dalam azan dan syahadah mereka.
- Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah.
Mereka hanya menerima hadith yang diriwayatkan oleh ahlul bait sahaja.
Hal ini kerana menurut kepercayaan mereka selepas kewafatan Rasulullah semua sahabat dan isteri Nabi telah menjadi kufur.
- Khalifah diwasiatkan secara nas.
Mereka percaya bahawa Allah telah melantik Imam melalui lisan RasulNya secara nas dan orang yang dilantik menyampaikan wasiat itu adalah Saidina Ali.
- Mempercayai bahawa ilmu Allah itu berubah-ubah.
Mempercayai akidah al-Bada' iaitu percaya bahawa Allah hanya mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa tersebut yang mana sebelumnya peristiwa tersebut adalah tersembunyi daripada Allah. Nauzubillahiminzalik.
Penyelewengan dari segi syariah terdapat 4 ciri utama iaitu:
Beranggapan bahawa qias boleh merosakkan agama padahal qias adalah salah satu sumber utama hukum Islam.
- Mengubah dan menambah ayat Al-Quran.
Mereka mempercayai bahawa selepas kewafatan Rasulullah wahyu masih lagi turun selama 75 hari dan dicatat oleh Saidatina Fatimah dan Saidina Ali dan ia digelar mushaf fatimah dan beranggapan bahawa Al-Quran yang ada sekarang tidak lengkap dan hanyalah sepertiga daripada Al-Quran sebenar.
( ITU ADALAH PANDANGAN PUAK SYIAH YANG SESAT)
- Mengharuskan solat jamak dalam semua keadaan.
Menjamakkan solat fardhu dalam semua keadaan sedangkan mengikut ajaran Islam jamak itu adalah rukhsah solat yang dilakukan sewaktu bermusafir sahaja.
- Solat sunat Dhuha adalah haram.
Mereka beranggapan bahawa solat sunat Dhuha adalah bid'ah semata-mata.
Penyelewengan Am pula ialah:
- Menyeksa tubuh badan.
- Menghina isteri-isteri Nabi.
- Menziarahi makam Saidina Hussain memperolehi syurga.
Mohon anda sekalian tahu juga bahawa puak syiah ini bukan sekadar ajaran sesat malah sebuah kumpulan yang menuju ke arah perebutan kuasa seperti yang berlaku di Iran.
"Prevention is better than cure"
SEKIAN SAHAJA PERKONGSIAN SAYA PADA KALI INI.TERIMA KASIH :)